Pages

Tuesday 22 November 2011

Bagaimana pajak emas?? Lihat pengalaman kawan saya ini...


Mari Kita Lihat Pengalaman Saudara Syukor(baca teks di bawah)

Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?


Pada 4/3/2010 saya telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:

Ia termasuk:

- 3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)

Tujuan saya menggadaikan produk-produk ini ialah:

1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.

Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:

1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Resit pembelian
4. Kad pengenalan pemajak.


Jongkong emas Public Gold 20 gram


5 dinar dan 10 dinar


Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.

Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Kesemua jongkong emas dan dinar emas Public Gold mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate.
Best :)


Berat 5 Dinar – tepat


Berat 10 Dinar – tepat


Berat 20 gram x 3 keping – tepat


Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.


Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank:



Pengiraan.


Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.
Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram
Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 –> (ini adalah nilai emas)
Nilai pinjaman = 65% x RM7092
= RM4609.80 – dibundarkan kepada RM4600.00
Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00

Pengiraan upah simpan.
Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu


Margin pinjaman
Upah simpan sebulan
50% ke bawahRM0.50 / 100
50.1% sehingga 60%RM0.60 / 100
60.1% sehingga 70%RM0.75 / 100

Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:
(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14
Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14
Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.
No problem.

Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?


Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.
Mudah saja :)

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.


Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:
1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.


1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

Ok then.. selamat membuat pelaburan emas :)

p/s: Nak beli emas Public Gold, sila hubungi saya, ada special price untuk anda..hihihihh 0179113351

Sharekan artkel ini di Facebook dan lain-lain ya..sebarkan ilmu bawa manfaat.






1 comment:

  1. Cuba tuan-tuan lihat, itu pada 2010, sekarang dah 2011, lihat sebelah kanan carta emas semasa, anda akan lihat peningkatan pelaburan emas yang nyata di situ. Tak rugi melabur emas, Insya Allah..

    ReplyDelete