Pages

Sunday 13 November 2011

Melabur Dengan Emas Fizikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Dalam ruangan kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda Bagaimana Untuk Melabur atau Menyimpan Emas (Fizikal). Boleh dikatakan masih ramai diluar sana telah pun mendapat liputi hebat tentang perkembangan pelaburan emas sejak akhir-akhir ini, namun boleh diibaratkan macam 'masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri'. Ini mungkin berlaku kerana beberapa faktor antaranya seperti tidak mengetahui secara terperinci tentang selok belok pelaburan emas dan yang paling tinggi respon yang telah saya perolehi adalah ramai diantara mereka menyatakan bahawa 'tiada modal' untuk melabur dengan emas sedangkan mereka ada mempunyai wang simpanan di dalam bank.

Di kesempatan ini, suka saya katakan bahawa untuk melabur dengan emas anda tidak perlu bersusah payah mencari modal sekiranya tiada modal. HANYA gunakan duit simpanan tersebut untuk gantikan dengan emas fizikal. Seandainya simpanan anda hanya berjumlah RM100.00, maka gunakan duit tersebut untuk membeli emas. Itu aje. Persoalannya kedua yang mungkin timbul dalam kepala anda ialah, 'ada ke emas bernilai RM100.00 sekarang ini? Untuk menjawap soalan ini tidak susah, anda cuma bawa wang fiat tersebut dan terus ke kedai emas. Sampai di kedai emas, buat muka tebal sikit, cuba tanya, "saya ingin beli emas bernilai rm100.00, ada atau tiada." Insyallah..toukeh emas itu akan senyum... dan mungkin ada rezeki anda pada hari itu. Jika anda malu untuk membeli dengan nilai RM100, kumpul lebih sedikit beberapa bulan, contohnya RM700-800 setelah beberapa bulan menyimpan dan datang kepada kedai emas tersebut, Insya Allah..tak malu sangat dan banyak pilihan!! :D  (Jika banyak itu, boleh beli dinar emas dah!!) Jika tiada juga, boleh cuba membuat pinjaman (ada diterangkan di post pertama blog saya "Teknik Melabur Emas Terbaik..Pinjaman??")

Bagaimanapun, itu adalah secara asas saya pandu diri saya untuk menyimpan emas. Berbalik kepada persoalan melabur dan menyimpan emas fizikal ini, sebelum anda melabur pastikan anda mengenalpasti matlamat anda kenapa anda perlu menyimpan emas. Ini adalah penting kerana ia memberi kesan terhadap pemilihan item emas yang ingin dibeli dan seterusnya disimpan. Sebagai contoh, sekiranya anda teringin untuk melabur dengan emas fizikal dan pada masa yang sama simpanan tersebut mungkin akan digunakan dalam tempuh terdekat, maka belilah emas dalam item yang lebih kecil seperti 1 dinar, 10gram atau 20gram sahaja. Ini sangat penting dimana waktu anda inginkan wang fiat, anda hanya perlu jual emas mengikut keperluan sahaja. Tambah menguntungkan sekiranya anda berpeluang untuk membelinya dengan harga semasa (PG BUY). Untuk mewujudkan peluang ini sentiasa ada pada diri anda, mudah aje, jadikan Dealer Sah Public Fine Gold Sdn. Bhd.(Nak jadi dealer, hubungi saya, saya ajarkan caranya serta teknik berniaga terbaik!!)




Berdasarkan pengalaman diri pula, beberapa elemen yang saya amalkan antaranya adalah seperti berikut :-
1. Tingkatkan ilmu pengetahuan tentang Pelaburan EmasFizikal.
2. Praktikkan apa yang dipelajari.
3. Kongsikan pengalaman dalam internet untuk rujukan peribadi dan rakan-rakan.(blog ini khususnya..hihii)
4. Bina laman web/blog untuk mempromosikan kepada masyarakat Malaysia khasnya supaya membudayakan amalan menyimpan emas. 

Oleh itu, jika tidak tahu, bertanyalah dengan mereka yang mempunyai kepakaran dan ilmu tentang sesuatu perkara tersebut. ini, anda sebagai pembaca boleh bertanya kepada saya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau bertanyakan pendapat dan idea tentang pelaburan emas fizikal.



Mahu beli emas fizikal atau belajar menjadi tambah pendapatan anda dengan berniaga emas fizikal?? Boleh hubungi saya di 0179113351 - (urusan emas sahaja ya, jangan spam inbox sms saya dengan promosi iklan!!)

No comments:

Post a Comment