Pages

Friday, 16 December 2011

Teknik Emas Buat Untung Besar?? Bagaimana??

Salam sejahtera pembaca semua.

Apa yang kita lihat hari ini, pasaran emas turun naik tetapi dalam kadar "ambil lajak" untuk naik dan tak turun-turun lagi selepas Tahun baru ini. Sekarang adalah waktunya untuk kita mula membeli emas kerana masih rendah berbanding harga sebelum ini (lebih tinggi) dan bakal terus naik selepas ini dan tidak akan turun-turun lagi selepas ini. Percayalah..

Membeli emas sekarang memang tidak akan rugi kerana inilah "logam" yang makin lama makin naik harganya. Teringat kata-kata ibu saya yang membeli emas 916 pada lewat tahun 80-an yang mana kurang lagi harga..bawah RM100 masa itu. Kini, emas dah mencecah RM1600++ dah (terkini). Banyak naik kan??

Ok lah..straight to the point....

Sekarang, saya ada satu teknik Rahsia Emas...

Gunakan pinjaman...kakitangan kerajaaan atau swasta..

Anda pinjam RM100,000... pinjaman buat 20 tahun, buat beli emas dengan saya (saya sahaja).

Anda boleh dapat lebih kurang RM50,000 cash selepas 3 tahun.

Yang bestnyer..anda tak perlu bayar guna duit anda pinjaman tersebut. Ada tekniknya.. Teknik Rahsia saya la...hihiihii....

Dalam 3 tahun, hutang RM100,000 selesai, duit RM50,000 cash dapat...

Best kan???

Nak tau lanjut cara..boleh jumpa saya atau call saya.. 0179113351..

Kita jumpa lagi lepas ni...

Semoga jadi jutawan emas anda selepas ini.

Amin!!!

Tuesday, 22 November 2011

Bagaimana pajak emas?? Lihat pengalaman kawan saya ini...


Mari Kita Lihat Pengalaman Saudara Syukor(baca teks di bawah)

Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?


Pada 4/3/2010 saya telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:

Ia termasuk:

- 3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)

Tujuan saya menggadaikan produk-produk ini ialah:

1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.

Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:

1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Resit pembelian
4. Kad pengenalan pemajak.


Jongkong emas Public Gold 20 gram


5 dinar dan 10 dinar


Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.

Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Kesemua jongkong emas dan dinar emas Public Gold mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate.
Best :)


Berat 5 Dinar – tepat


Berat 10 Dinar – tepat


Berat 20 gram x 3 keping – tepat


Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.


Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank:



Pengiraan.


Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.
Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram
Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 –> (ini adalah nilai emas)
Nilai pinjaman = 65% x RM7092
= RM4609.80 – dibundarkan kepada RM4600.00
Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00

Pengiraan upah simpan.
Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu


Margin pinjaman
Upah simpan sebulan
50% ke bawahRM0.50 / 100
50.1% sehingga 60%RM0.60 / 100
60.1% sehingga 70%RM0.75 / 100

Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:
(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14
Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14
Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.
No problem.

Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?


Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.
Mudah saja :)

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.


Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:
1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.


1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

Ok then.. selamat membuat pelaburan emas :)

p/s: Nak beli emas Public Gold, sila hubungi saya, ada special price untuk anda..hihihihh 0179113351

Sharekan artkel ini di Facebook dan lain-lain ya..sebarkan ilmu bawa manfaat.






Tuesday, 15 November 2011

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.


Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Ini merupakan soalan favourite yang sering ditanya kepada saya sepanjang saya melakukan perniagaan emas ini.

Pelaburan emas melalui barang kemas.

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”

Saya akan menjawab:

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.

Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.


10 tahun melabur emas, berapa percent keuntungan tu?? Lihat sendiri la yek!! Power!!



Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:
1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.

1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.



2. Kelebihan dari segi zakat emas.
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal. 


4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya, macam Mami Jarum atas ni!!! hahahaha


Kelemahan barang kemas.
Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.

1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).





2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3.  Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.




5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata (sebab tak boleh timbang dengan densimeter)


Ini mesin densimeter



6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.






Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)

Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah. FGJAM tu apa?? boleh rujuk di sini.


Tips 2:  Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.

Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.


Tips 3:  Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.

Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).


Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.


ini contoh emas lasak, kuat dan padu (Public Gold punya daaa....)

Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi :(  Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke  18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k). 



Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.


nak melabur emas jangan beli macam gambar ni, ada batu berlian dan permata

Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:
a)  Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b)  Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja



Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.

Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?  Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).

Kesimpulan.

Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.
Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.

Jadi, setelah membaca tips-tips di atas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik :D

Di artikel yanga akan datang, saya akan kongsikan lagi tips-tips dan ilmu-ilmu menarik bagi informasi anda mengenai pelaburan emas.

p/s:  1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.


Jangan lupa juga komen di bawah ini ya!!! Bertanya sahaja, tiada masalah... :D














Monday, 14 November 2011

Apakah Jongkong Emas???



Apakah Jongkong Emas???




Siapa yang tidak tertarik dengan emas? :-)

Sekali pun ada yang mengaku tidak meminati perhiasan antara mineral paling berharga ini, percayalah mereka tetap ingin memilikinya kerana sedar nilainya yang tinggi.

Ketahuilah, EMAS merupakan pelaburan terbaik pada masa kini. Tidak seperti nilai mata wang yang menyusut berikutan tekanan inflasi, harga emas pula terus melonjak dari tahun ke tahun tanpa sedikit pun menunjukkan penurunan.

Mengimbas situasi 10 tahun lalu,harga emas pada ketika itu adalah sekitar RM80 bagi satu gram emas.Dan dengan rekod November 2010, RM166 dicatatkan bagi 1 gram emas.  Ianya
menunjukkkan peningkatan 100% dan ia terus meningkat minggu demi minggu. Hari ini, dah berapa dah???  Boleh lihat harga di carta emas di sebelah     ------------->

Tidak hairanlah mengapa emas kini menjadi pelaburan yang semakin diminati ramai.

Jadi, sudahkah anda memilikinya juga?

Walaupun hanya sekadar 1 dinar emas?

Saya tahu, masih ramai tidak sedar atau mungkin takut tertipu dengan pelaburan emas yang salah. Jadi disini juga saya kongsikan bagaimana anda boleh mengenali jongkong emas yang tulen…

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil dan terdapat cetakan khas pada
jongkong itu sendiri. Antara adalah emas ‘Public Gold’ yang saya sendiri milikinya hari ini.


Syarikat yang mendapat pengesahan Bank Negara Malaysia lagi.

Saya di sini ingin memaklumkan kepada anda supaya segeralah memiliki emas pertama anda
jika tidak pernah memilikinya. Jika pernah boleh tambah lagi pelaburan anda itu.

Dari kajian dan pemerhatian saya, berbeza dengan rakyat negara jiran Thailand yang semakin meminati pelaburan jongkong emas, ini kerana rata-rata orang kita di Malaysia ini masih belum sedar nilainya yang tinggi…

Emas diterima di seluruh dunia. Seandainya anda pergi ke sesebuah negara dan kehabisan
tunai, emas anda dijamin boleh menjadi pengganti!

Ibu saya membeli emas jongkong hanya untuk mencuba pada lewat Ramadan 2011 yang lalu, beli yang kecil sahaja (10g gold bar) dengan harga RM1800 sahaja daripada saya dan anda boleh lihat kini, berapa RM dah kenaikannya?? ASB boleh buat begitu? Disebabkan itu, ibu saya sekarang galak menambah pelaburan emasnya kerana amat yakin dengan harga kenaikan emas dari semasa ke semasa. Gembira saya melihat ibu saya bahagia.

Oelh itu, saya menasihatkan supaya daripada meminjam ASB atau membuat pelaburan maya hype seperti VGMC dan lain-lain, lebih baik anda membuat pinjaman untuk membeli emas fizikal. Caranya telah saya beritahu pada pos saya yang lepas.(Klik sini)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fakta Jongkong Emas:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) Ketul logam emas yang berbentuk empat segi

2) Jongkong emas dihasilkan dengan menggunakan
kira-kira 99.999% emas tulen.

3) Setiap jongkong emas mempunyai Sijil Ketulenan
yang disahkan oleh Certified Assayer.

4) Terdapat jongkong emas dengan berat 20 gram,
50 gram, 100 gram dan 500 gram.

5) Jongkong emas yang popular adalah emas 916
dan 999.

Jadi, jangan tunggu lagi…

Miliki jongkong emas anda hari ini, lihat harga semasa di laman publicdinar.com.my dan hubungi saya untuk memilikinya hari ini juga…

Ps – Suka saya kongsikan satu kata-kata dari
Thomas Jefferson…

“Jika anda menginginkan sesuatu yang belum
pernah anda miliki, Anda harus bersedia
melakukan  sesuatu yang belum pernah anda
lakukan. Lakukan dan capai apa yang anda mahu!”

Segera hubungi saya sekiranya berminat di 0179113351 (Abdul Mutalib).

Sharekan artikel ini ya..ramai lagi yang tak tahu.. terima kasih. :D

Sunday, 13 November 2011

Melabur Dengan Emas Fizikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Dalam ruangan kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda Bagaimana Untuk Melabur atau Menyimpan Emas (Fizikal). Boleh dikatakan masih ramai diluar sana telah pun mendapat liputi hebat tentang perkembangan pelaburan emas sejak akhir-akhir ini, namun boleh diibaratkan macam 'masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri'. Ini mungkin berlaku kerana beberapa faktor antaranya seperti tidak mengetahui secara terperinci tentang selok belok pelaburan emas dan yang paling tinggi respon yang telah saya perolehi adalah ramai diantara mereka menyatakan bahawa 'tiada modal' untuk melabur dengan emas sedangkan mereka ada mempunyai wang simpanan di dalam bank.

Di kesempatan ini, suka saya katakan bahawa untuk melabur dengan emas anda tidak perlu bersusah payah mencari modal sekiranya tiada modal. HANYA gunakan duit simpanan tersebut untuk gantikan dengan emas fizikal. Seandainya simpanan anda hanya berjumlah RM100.00, maka gunakan duit tersebut untuk membeli emas. Itu aje. Persoalannya kedua yang mungkin timbul dalam kepala anda ialah, 'ada ke emas bernilai RM100.00 sekarang ini? Untuk menjawap soalan ini tidak susah, anda cuma bawa wang fiat tersebut dan terus ke kedai emas. Sampai di kedai emas, buat muka tebal sikit, cuba tanya, "saya ingin beli emas bernilai rm100.00, ada atau tiada." Insyallah..toukeh emas itu akan senyum... dan mungkin ada rezeki anda pada hari itu. Jika anda malu untuk membeli dengan nilai RM100, kumpul lebih sedikit beberapa bulan, contohnya RM700-800 setelah beberapa bulan menyimpan dan datang kepada kedai emas tersebut, Insya Allah..tak malu sangat dan banyak pilihan!! :D  (Jika banyak itu, boleh beli dinar emas dah!!) Jika tiada juga, boleh cuba membuat pinjaman (ada diterangkan di post pertama blog saya "Teknik Melabur Emas Terbaik..Pinjaman??")

Bagaimanapun, itu adalah secara asas saya pandu diri saya untuk menyimpan emas. Berbalik kepada persoalan melabur dan menyimpan emas fizikal ini, sebelum anda melabur pastikan anda mengenalpasti matlamat anda kenapa anda perlu menyimpan emas. Ini adalah penting kerana ia memberi kesan terhadap pemilihan item emas yang ingin dibeli dan seterusnya disimpan. Sebagai contoh, sekiranya anda teringin untuk melabur dengan emas fizikal dan pada masa yang sama simpanan tersebut mungkin akan digunakan dalam tempuh terdekat, maka belilah emas dalam item yang lebih kecil seperti 1 dinar, 10gram atau 20gram sahaja. Ini sangat penting dimana waktu anda inginkan wang fiat, anda hanya perlu jual emas mengikut keperluan sahaja. Tambah menguntungkan sekiranya anda berpeluang untuk membelinya dengan harga semasa (PG BUY). Untuk mewujudkan peluang ini sentiasa ada pada diri anda, mudah aje, jadikan Dealer Sah Public Fine Gold Sdn. Bhd.(Nak jadi dealer, hubungi saya, saya ajarkan caranya serta teknik berniaga terbaik!!)




Berdasarkan pengalaman diri pula, beberapa elemen yang saya amalkan antaranya adalah seperti berikut :-
1. Tingkatkan ilmu pengetahuan tentang Pelaburan EmasFizikal.
2. Praktikkan apa yang dipelajari.
3. Kongsikan pengalaman dalam internet untuk rujukan peribadi dan rakan-rakan.(blog ini khususnya..hihii)
4. Bina laman web/blog untuk mempromosikan kepada masyarakat Malaysia khasnya supaya membudayakan amalan menyimpan emas. 

Oleh itu, jika tidak tahu, bertanyalah dengan mereka yang mempunyai kepakaran dan ilmu tentang sesuatu perkara tersebut. ini, anda sebagai pembaca boleh bertanya kepada saya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau bertanyakan pendapat dan idea tentang pelaburan emas fizikal.



Mahu beli emas fizikal atau belajar menjadi tambah pendapatan anda dengan berniaga emas fizikal?? Boleh hubungi saya di 0179113351 - (urusan emas sahaja ya, jangan spam inbox sms saya dengan promosi iklan!!)

Saturday, 12 November 2011

Teknik Melabur Emas Terbaik...pinjaman??

Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang bergiat dalam bidang perniagaan emas ini, ramai yang bertanyakan soalan seperti ini kepada saya. Jawapan saya semestinya "Berbaloi!!"

Saya dedahkan rahsianya kepada anda,


TEKNIK BELI & SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais dll...?

Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.

Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?

Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.

Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM 100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM 100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.

Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100k secara percuma!! Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100k selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100k bagi tempoh 20 tahun.

Tetapi boleh kah pelaburan di ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh masa 4-7 tahun shj?

Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun2 berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.

Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak2 berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?

Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?
Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.
Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi2 diluar jangkaan.



TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING

Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut :
1- Beli emas RM 100k pajak dapat RM 70k
2- Beli lagi emas RM 70k pajak dapat RM 49k
Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%). 
Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.
Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500) Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825) Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548) Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)
Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000). 
Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!
Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samaada :
a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM 100k kepada bank.
---->> Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00 ---->> Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan

b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.
---->> Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma. ---->> Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang lebih besar.
Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.
Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!
Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini? 
Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?
Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!


Untukmengetahui lebih lanjut, boleh emelkan kepada saya di beliemasmurah@gmail.com


Saya nak minta tolong sedikit sahaja. Jom sharekan info ini di laman sosial anda untuk faedah bersama... klik button "share" di bawah ini sahaja, senang je.. terima kasih!!


Sumber: http://hargaemas999.blogspot.com/